TIP PALING BERKUASA LONJAKKAN SALES :



Sy ingin kongsikan tips dari MAHAguru kepada semua Tuan Guru Marketing, dan kelebihan teknik ini, ia terbukti berkesan bila diamalkan :

'Wa indahu mafatihul ghoibi laa yaklamuha illa huu..' Al-An'am, 59.
Dialah PEMBUKA PERKARA GHAIB, tiada sesiapa yg mengetahuinya melainkan DIA.

Apa kaitan point ini dgn rezeki kita?

Tuan-puan yg dihormati. Rezeki adalah perkara GHAIB. Kita takkan dapat menjangka jumlah yg bakal perolehi esok. Ya benar, kita boleh mengatur strategi marketing terbaik, jangkakan ribuan RM masuk tetapi hasil selalunya tak sama spt yg dijangka. Lazimnya banyak. Ada kalanya sikit.

Disebabkan rezeki perkara ghaib & 'controller'nya hanya ada pada Allah s.w.t sj, maka kita perlu LAKUKAN PERKARA INI DAHULU : jaga 'hati' DIA. Gembirakan DIA. Bukankah Dia kita kenali sebagai Ar-Razzaq : MAHA EXTREME pemberi rezeki?

Di atas kefahaman ini, perkara utama yg perlu dibuat sblm mengatur strategi bisnes ialah back to basic : show something (perubahan) semata2 utk 'ambil hati' Dia.

Ia seperti :

- cuba lazimkan puasa isnin-khamis keranaNya,
- dari solat lambat, cuba solat awal waktu & lazimkan 1 waktu di masjid.
- bersedekah secara konsisten. Rm50 seminggu PASTI dimasukkan ke tabung surau every jumaat.
- tinggalkan 'maksiat kecil' yg dah sebati dlm kalendar hidup,
- dari kurang 'tutup2' kpd memakai baju yg lebih menjaga aurat semata utk Dia,

Cubalah tip ini, dan tuan-puan akan lihat 'BIG SURPRISE' akan tiba. Sbb itu cara Dia melayan kita : Jika kamu bersyukur, Kami akan tambah, beri apa yg kamu minta & tak diminta secara luarbiasa :

Lain syakartum laaziidannakum... : Surah Ibrahim, 7.

- Ustaz Asraff Ayob -
- Fb : UstazAsraff -

0 comments:

Post a Comment