Dicintai Pelanggan Cara Rasulullah SAW



Dalam sebuah hadits daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik pendapatan ialah pendapatan para peniaga, (iaitu) apabila mereka bercakap mereka tidak berbohong, dan jika mereka diamanahkan mereka tidak khianat, dan jika mereka berjanji mereka tidak mungkir, dan jika mereka membeli mereka tidak mengeji, dan jika mereka menjual mereka tidak (keterlaluan) memuji, dan jika ada atas mereka hutang mereka tidak menangguh-nangguhkan, dan jika mereka memberi hutang mereka tidak menyusahkan.” (Hadits riwayat al-Baihaqi)

------------

Saya ringkaskan dalam bentuk point yang sempat saya catit semasa program TV9 ,Rasul yang kata.

Menjaga hubungan dengan pelanggan perlu diutama kan,seperti:

✍ Jangan berbohong,

✍ Amanah jangan dikhianati contohnya menjual produk palsu . Kalau jual barang bukan original bagitau ja bukan original.. tue kan dah termasuk dalam berbohong juga.. ha! takut kan takut kan..

✍ Jangan keterlalulan memuji.
Bagus ambil hati pelanggan memuji pakai baju nie cantik sesuai dengan kulit sawo matangnya,tetapi jangan terlalu memuji .Tambah2 kalau baju dah sendat tue nak puji lagi? 
.Memuji product kita sehingga mengaibkan product org lain. Not good okeyh.

✍ Peniaga yang bertimbang rasa,Contoh kalau kedai makan ke kedai runcit ke.. RM10.20 kira RM10 saja..(anggap sedekah)
pelanggan mesti suka datang banyak kali .."Biar kalah sekali,tapi menang berkali"

✍ Elakkan menghina pelanggan, kalau secara luaran mungkin tak nampak..tapi dalam fb kadang kala nampak juga yang marah2 pelanggan kan.. not good okeyh..

✍ Berniaga Bersungguh sungguh. Layan pelanggan betul2.. kalau face to face, eye contact kena ada " mata adalah cerminan jiwa"
kalau fb camna? cepat2 reply pm..kalau ada kerja atau bz, terus terang ..minta maaf tadi ada kerja sikit.. atau minta maaf,sekarang saya bz..nanti saya reply ya..

✍ Rasulullah SAW sukakan peniaga yang cerdik dan baik.Cerdik nie kenalah timba ilmu.. jadi pakar.."kepakaran saya adalah ___ mcm kenal kan ayat.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya,peringatan untuk diri saya juga 

------------------------

Jadi peniaga yang mempunyai hubungan yang baik bukan sahaja dengan pelanggan tetapi rakan peniaga serta pembekal.

Belajar jadi peniaga yang cerdik menjaga hubungan dengan pelanggan di facebook dengan ebook "Facebook Networking Menguntungkan" -->www.marzianashukri.com

0 comments:

Post a Comment