7 khasiat kurma..!

Sempena Ramadhan x lama.. Kami nak kongsi skit info bagus kurma nie
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan
Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Saya takut..!!!


Saya sangat takut.. Takut dan takut..
Saya penakut..!
Saya takut dengan masa depan saya sendiri..!! 
Saya takut saya digolongan orang yang bankrup..!
Sebab tue saya berusaha dan pastikan nama saya x diblack list..
Saya takut orang akan kata saya nie menyusahkan orang..!
Sebab tue saya pulun supaya saya ada bekalan sendiri bukan saja x myusahkan orang tapi saya mampu membantu orang lain..!
Saya takut orang serik berurusan niaga dgn saya dah sebab tue saya selalu cuba beri yg terbaik dan termampu supaya orang bukan saja berulangkali beurusan dgn sy malah senang hati nak promote kat orang lain..
Saya takut pembalasan menipu orang lain di akhirat kelak sebab tue saya rela jujur dgn cust saya sndri wlaupun mgkin kjujuran saya buat cust xjadi nak beli dgn saya.. Xpa..! Sebab saya yakin.. 1 cust pergi ada lagi yg akan datang..! Itu kalau saya buat bnda yg betul..
Saya takut saya akan pergi dari dunia nie dalam keadaan yg tidak bersedia.. Sebab tue saya memohon anda yg membaca nie sekiranya saya ada salah dan silap maafkan saya dan halalkan seandainya saya ada termakan/terambil lebih keuntgan/ terlupa byar hutang..(sila bgtau saya yg saya ada hutg dgn anda ya) saya maafkan anda yg ada buat hati saya terluka.. Saya manusia biasa yg mana ya hati saya ada terluka ada terkilan dgn sesetgh yg mana saya x patut sbb nama.. Saya selalu kuatkan hati saya memohon Ya Allah kau kuatkan lah hatiku untuk tidak berdendam/tidak benci dgn insan ini yg mana setiap kali dengar saja nama dia saja atau teringat mest hatiku membara ledakan amarah syaitan..! Ya Allah Kau Yang Maha Kuasa.. Kau tunjukkan lah hamba mu ini jalan yang lurus.. Kau buka kan lah hati kami untuk sentiasa menginsafi kesalahan kami.. Untuk bertaubat dengan Mu atas dosa kami dan ku mohon padaMu... Kau gerakkan lah hati mereka yg akuh sakiti supaya memaafkan ku Ya Allah.. Sekiranya ajalku sudah tiba Kau permudahkan lah kematianku.. Kau letakkan akuh dalam kalangan muslimin dan muslimat .. Sesungguhnya akuh takut dengan azabmu dan seksaanmu dinerakamu Ya Allah.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Kadang kala kita perlu takut supaya kita xmelakukan seauatu yg salah.. 
Sebarang kata2 tidak ditujukan kepada sesiapa.. Hanya taipan ringkas sebelum tidur malam nie^_^ 

Salam ikhlas ,
Marziana

Perniagaan dalam islam

Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sering sahaja mendapat kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)


Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikannya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:

1. Kita banyak mendapat kawan,di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.

2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama.Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan.
Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)

4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur.Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam,bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.

5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum.Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.

6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barangan itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang,menjauhi pembaziran satu kewajipan.

Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang membazir saudara-saudara syaitan.(Al Isra: 27)

7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi.Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.

8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah,bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan.Orang yang sabar, pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab.
Firman Allah dalam Al Quran:

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira. (Az Zumar:10)

9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan(manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.

10. Di dalam perniagaan,boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu dari rukun Islam dapat ditunaikan. Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan.Maka di sini banyak pula golongan terbantu

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesame manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. (Al Baqarah: 83)

11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia.Ia sentiasa mencabar emosi kita.Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita.Meyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran.Dalam Al Quran ada menyebutkan meyembunyikan sifat marah itu,ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

Firman Allah SWT:
Maksudnya:
” Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik. (Ali Imran: 134)

12.Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur,memberi maaf, berlebih kurang,bersimpati. Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan. Di dalan Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah,agama berlapang dada dan pemaaf.

13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Disini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya, adanya perniagaan, menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.

Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan. Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahals yang kita dapat.

Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.

Tujuan Berniaga

Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga :-
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang – pandai bercakap,pandai menyampaikan.
5. melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam. Sifat Yang Perlu Pada Seorang Peniaga.

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan karenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan mendesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.

Owh serunding..DMS Delicious Serunding

DMS Delicious Serunding

"Original Resepi Kg Laut, Warisan Turun Temurun"
Dalam Banyak SERUNDING Yang Ada Di Pasaran Hanya Sedikit Sahaja Yang Benar-Benar Mempunyai CITARASA Yang ASLI…

Hanya mereka yang telah merasainya sahaja yang tahu betapa LAZATnya SERUNDING yang ASLI…
Jika ANDA merupakan seorang peminat SERUNDING dan masih tercari-cari Serunding ASLI yang mempunyai citarasa yang sebenar sila teruskan bacaan anda sekarang…
==========================
Sememangnya ada banyak serunding yang boleh kita perolehi di pasaran namun sebenarnya agak sukar untuk memperolehi serunding yang benar-benar asli.
Pernahkah anda membeli serunding dan bila anda ingin menikmatinya anda berasa sedikit hampa kerana…:
  •   Keadaan serunding yang terlalu kering dan terlalu berderai
  • Rasa seperti hampas dan kosong
  • Citarasa yang agak kurang perisanya

Namun akibat tidak banyak pilihan yang ada terpaksa telan jugalah. Persoalannya sekarang apa itu serunding yang asli…?
Serunding asli adalah serunding yang dihasilkan menggunakan resepi, bahan-bahan serta cara masak secara tradisional yang berasal dari Kampung Laut di Kelantan dan untuk pengetahuan anda serunding ini asalnya dari Kelantan.

4 perkara yang perlu dilihat untuk menilai citarasa serunding yang benar-benar asli kelazatannya.
  •         Tekstur
  • Rasa
  • Citarasa
  • Tahan lama lebih 6 bulan.
Apabila anda pegang serunding tersebut ianya seolah-olah hirisan ayam atau daging yang kering dan berderai namun apabila ianya masuk ke dalam mulut masih terasa rasa basah daging.
Rasa yang sedap dengan terasa rasa rempah serta tumisannya menjadikan serunding itu lebih sedap serta lazat untuk dimakan.
Dengan resepi serta cara masak yang betul mengikut cara tradisional serunding Kampung Laut Kelantan serunding anda bukan sahaja sedap, lazat serta bercitarasa tinggi malah ianya mampu bertahan lama sehingga 6 bulan lamanya.

Ada pelbagai jenis Serunding Asli Kelantan namun yang agak popular di pasaran adalah :
  • Serunding ayam
  • Serunding daging
  • Serunding ikan
 =========================
Jika anda tanya saya bagaimana untuk menikmati Serunding Asli Kelantan maka saya akan kata macam-macam caranya.
Anda boleh nikmati serunding ini dengan :
  •  Menjadikannya sebagai bahan cicah
  • Sebagai lauk
  • Sebagai bahan masakan
  • Dijadikan sebagai penyedap makanan dan dimakan dengan samada nasi, pulut, ketupat, lontong, soto dan banyak lagi
  • Digunakan dalam industry ‘bakeri’
  • Atau boleh dimakan terus.
Terpulang kepada anda bagaimana untuk anda menikmatinya tapi apa yang pasti citarasanya tidak akan menghampakan anda.
==========================

Serunding Asli sesuai dihidangkan dalam apa pun keadaan.
  •  Ketika hari perayaan terutama Hari Raya.
  • Hari-hari kebesaran
  • Sebagai pelengkap kepada lauk-pauk
  • Malah ianya sangat sesuai untuk diambil sebagai snek ringan setiap hari dalam apa jua keadaan.
 Setiap lapisan umur tidak kira bangsa apa pun sangat sesuai mengambilnya sebagai snek ringan harian.

  • Sambil menonton TV
  • Ketika mengadakan majlis hari jadi atau apa sahaja majlis keraian
  • Sambil-sambil berehat dan bersantai
  • Dibawa kektika berkelah
  • Snek untuk satu perjalanan yang jauh samada dalam bas, keretapi mahupun kereta
========================

Salah satu cara untuk mendapatkan Serunding Asli Kelantan adalah dengan pergi sendiri ke Kampung Laut Kelantan namun persoalannya tahukah anda kepada siapa harus anda berjumpa untuk mendapatkannya...?
Tambahan pula kenapa harus anda bersusah payah untuk pergi ke Kelantan semata-mata untuk dapatkan serunding ini sedangkan anda tidak perlu keluar rumah pun.
Apa yang perlu anda lakukan adalah menekan button message dan lakukan tempahan anda dan Serunding Asli Kg Laut anda akan sampai ke rumah anda.






Bisnes Online.. Macam mana mar mulakan...?

Dah lama mar dapat pm dari beberapa orang yang nak tau sebenarnya macam mana mar boleh terjebak dengan bisnes? padahal mar study in nursing .. InsyaAllah mar akan mulakan sikit demi sikit JOURNEY KEHIDUPAN mar..

Semuanya bermula lepas mar bertunang... dan mar pernah plan nak kerja partime sebab mar nak tambah side income mar..kononnya bekalan untuk hari bahagia =).. tapi sebelum tue mar nak jelaskan dulu kenapa mar sanggup tggalkan kerja lama mar walaupun ramai yg kata"rugi la" "sayang la" "menjamin tue"...sebab masa mar form 5 mar tgok kakak mar sendiri keluar U dan payah nak dapat kerja... dari situ mar asa belajar pandai2 pun keluar payah jugak... dan keluarga mar bukan keluarga yang senang.. so matlamat mar masa tue mar nak masuk maktab..sebab mar minat cikgu... walaupun mar sambung dekat matrik tapi mar keluar sebab x sangka plak interview yg mar selamba dan x harap sangat nak dapat..mar dapat... so mar keluar dari matrik atas reason mar dapat tawaran diploma in nursing by gov la kan.. bulan2 dapat elaun dan keluar konfirm2 ada kerja... tapi sebenarnya jauh di sudut hati mar harap sangat interview mar nak masuk maktab berjaya.. malangnya mar gagal dan mar terpaksa jugak dan terkejutnya kolej plak dapat luar negeri kedah.. (sememangnya buat sesuatu yang kita x minat hanya kita ja yang tau walaupun dimata kasar orang kita nampak untung la .. best la...)

sambung cerita asal semula.. nanti kalau cerita keperitan mar macam mana nak terima kehidupan dalam nursing 3 hari 3 malam x habis =)

En tunang (sekarang suami dah ) x bagi mar kerja partime sebab penat and gaji x berbaloi.. dia ada plan beberapa bisnes untuk mar... tapi mar x berapa minat... kemudian mar terjebak dengan satu bisnes direct selling yang mana Alhamdulillah sangat2 sepanjang mar bekerja dan buat bisnes nie part time hasilnya sangat2 berbaloi dengan sekali dapat bersamaan 3 bulan gaji mar.. kita sangkakan langit sentiasa cerah.. tetiba datangnya ujan lebat dengan kilat guruh semua.... (xperlu cerita apa yg terjadi kerana semua itu parut di hati =) )

Bila buka fb ramai kawan2 en tunang(suami ) buat bisnes online dan kawan2 yang mar kenal buat bisnes online dan mar nampak masyuk dari situ.. mar mula berminat sebab mar nie sebenarnya suka online jugak.. tapi sebelum2 nie hanya suka usha fb orang atau blog2 and post status di fb yg ntah pape tue =P...so dari buat bnda x faedah why not mar try kan.. mar mulakan dengan modal yang sangat ciput... ada yg modal besar mar buat dropship ja... slow2 mar semakin suka dengan bisnes fb sebab rilex ... mar mula mencari idea untuk majukan lagi bisnes fb mar sebab mar mmg nampak dari bis fb boleh menjana pendapatan berpuluh2 ribu.. dan lebih lagi.. tapi lagi mar cari skill tue lagi pening x tau camna..huhuhu..

Alhamdulillah dipertemukan dengan program Dr Azizan Osman dari rancangan Nasi Lemak Kopi O yang mana masa tue dorg promosikan program fesbuk power by bryan gan..memang menarik perhatian mar...
so cepat2 la mar daftar 3 nama sebab nak dapat percuma kan.. semangat nie ...bila pergi rupanya ada kelas advance plak.. tapi dari kelas percuma pun ada dapat input2 yang best... mar dalam dewan masa tue mmg igt bertuah la nak pergi nie.. tapi bila nak keluar pintu tue kebetulan crew bg borang dekat mar and bila mar ada soalan buat kat mana nanti dorg terus bawak kat meja... bila balik mar ceritakan dekat syam ;..dengan bayaran masa tue rasa macam xpergi sebab kami pun sebulan lagi ja nak kawen nie... tapi syam kata bila lagi kan... kalau tunggu nanti masa la rugi... lepas tue duk pikir2 pakej mana yang mar nak p... niat dihati memang nak advance.. tapi ... hahhaha..bukan fikir takut x berbaloi tapi isau sebab ak tawen kan =P..kami xpernah tya senior2 yg pernah pergi apa yg diajar ..berbaloi k apa... sebab skarag ramai yg tya..huhuhu dullu x terpikir plak..yg mar pikir dgn syam masa tue.. nie ilmu yg mar duk cari nie... niat dihati pergi sebab nak ilmu... kami bukan org banyak duit dan mar memang betul nak naikkan semula ...sebab tue lepas habis sesi honeymoon kami.. mar praktikkan ilmu bryan dan Alhamdulillah rezeki kahwin..bulan 12 kami dapat share tapak pesta... yg mana masa tue memang fenomena felinna sahaja..Alhamdulillah sangat2... sepantas kilat.. semuanya berubah... 50% income bulan tue hasil dari bisnes online... dan masa tue mar gunakan ilmu fb untuk tarik org2 penang mai pesta dan grab felinna dari booth mar,... Alhamdulillah sangat2,,, Terima kasih pada DAO yg menganjurkan program nie.. dulu asa pelaburan nak masuk kelas diamond fb sgt mahal.. tapi kalau nak bandingkan apa yang kami dah dapat sangat2 kecil pelaburan tue... yang penting niat kita mesti betul... dan jangan tersasar dengan niat...

setakat nie..yg nie saja yea.. memang banyak shortcut... mar belum di tahap orang yang berjaya dan mar masih menuntut dan praktikkan banyak benda.. apapun seandainya ada yang nak mulakan bisnes dan x tahu nak mula dengan product apa.. mar boleh suggestkan sabun gsc ..pengedar modal sangat rendah dan pulangan Alhamdulillah,, apapun try la dulu.. baru rasa feel nak share dengan orang ramai =)...

nie gambar pertunangan kami =)


nie gmbr masa last kelas adnvace fesbuk power =)

nie masa kat pesta penang 2012


picperkahwinan kami =) out door kat sp

nie pic dalam paper metro tahun nie.. salah seorg testimoni =)


Pagi yang sangat2 indah..! Subhanallah..!

Assalamualaikum.. Tq for reading dan apa yg anda akan baca adalah kisah benar yg sedang terjadi dan hati nie dah tergerak 2 3 hari ni nak berkongsi tapi agak kekangan masa .. So pagi yg indah di negeri orang ni menggerakkan jari2 menaip dgn tenang dan lancar untuj berkongsi sesuatu kehebatan daripada buku"mudahnya menjemput rezeki"

Berapa ramai pernah rasa gelisah.. X tenang.. Rasa serba x kena.. Sale x brapa bagus..  Jelous tgok org rancak berbisnes dan kita ..? Dduk saja pun kdg2 org nampak kita relex n cool tapi sebenarnya kita resah gelisah dihati.. Subhanallah..

Kebiasaan bila jadi macam nie mar akan solat dan baca quran minx tngkan hati dan beri petunjuk.. Tapi disebabkab kali nie uzur dan kebetulan hartu diri x brapa sihat.. Mar ambk buka buku "mudahnya menjemput rezeki".. Hayati setiap apa yg dibaca dan nah ambk kena kat akuh..! 

Kita dengar bnda nie byak kali dah.. Even masa AMP baru nie pun DAO pun ada pesan.. Tapi lain bila kita setakat mendengar dan catat dgn kita rasai,fahami & hati kita pun kata yea nie la masanya .. Ini yg patut akuh buat..

Mesti ramai nak tau kan.. Amalkan istighfar selepas solat fardhu.. X lama pun.. X sampai 5 min.. Yea.. Mmg kita asa ada ja kita pernah buat.. Lain sebenarnya setakat kita baca dari kita amalkan setiap solat dan kita cuba fahami maksudnya... Xpayah kata org.. Yea itu terjadi dekat diri mar sendiri.. Mar akui mar sendiri perlu banyak belajar lagi mendekatkan diri dengan Allah.. Tapi sebenarnya buku "Mudahnya menjemput rezeki" benar2 buka mata hati yg mana Kuasa dan janji Allah sangat2 pasti.. Janji manusia mungkin ada yg xdapat tunaikan.. Tapi Janji Allah sgt2 pasti.. Selalunya nak dekat2 habis solat kita mesti teringat benda2 yg kita nak buat segera.. Sebab tue kadang2 doa apa baca pun x hayati.. Cuba kalau kita nak minx sesuatu daripada seseorang dan dorg x nampak kesungguhan kita dalam meminx.. Agak2 berapa persen dorg nak bg..? Faham faham kan maksud mar..?

Walaupun doa kita dalam bahasa melayu hayati n rasai feel permintaan kita tue.. Sangat2 lain bila kita buat betul2 walaupun benda tue sebenarnya simple ja..ketenangan sangat2 dirasai lepas mar amalkan baru ja satu dua tips dari buku. Ada banyak lagi mar x baca .. Nak tau apa mukjizatnya..?yup.. Rezeki masuk secara tetiba setiap hari tanpa diduga..! Subhanallah Alhamdulillah..!

Ada lagi yg pntg jugak.. Bersyukur... Bersyukur dengan rezeki kita.. Masa nie memang terasa jugak.. Kdg2 mulut kata syukur tapi hati asyik x ckup lg ni x ckup lagi nie.. Rezeki tue datang dalam banyak aspek dan kadang2 kita tgk org tue miskin tapi sebenarnya rezeki dia luas .. Dia x pernah sakit.. Segala keperluan dia cukup.. Barang2 dia x pernah rosak.. Sebaliknya terjadi kat kita.. Walaupun income 5 angka tapi ada ja setiap bulan kita kena repair ni bayar tue beli nie beli tue.. Itu tandanya rezeki yg diturunkan pada kita sebenarnya rezeki org yg kita bayar tadi la^_^.. Macam mana nak cakap eh.. Tapi seriusly bila dah hayati xda nak rasa mcm dulu.. Payah sebenarnya nak cerita sebab mar bukan penulis :p tapi mar suka berkongsi cerita^_^.. Tq kak uji hadiahkan buku nie.. Semoga Allah murahkan lagi rezeki kakak2 mar ahli keluarga mar.. Sedara mara mar termasuk sebelah suami serta semua umat islam di malaysia dan juga luar negara dan lagi2 anda penulis buku ni dan anda yg sedang membaca nie^_^..

"Setiap manusia sangat memerlukan satu sama lain.. Kalau xda pakcik sapu sampah pagi2 kita nak sapu k..? Kalau xda yg kerja jaga parking sapa nak jaga..? Kau k..?" Hormati mereka.. Sepertimana kita nak org hotmati kita.. Kita sangat2 memerlukan satu sama lain sebenarnya sama macam jari2 kat tgn kita.. ^_^ xder pun yg mana jari plg pntg.. Semua sangat2 pentg n ada fgsinya tersendiri kan kan kan. Betul betul..?

^_^ okeyh cukup setakat nie.. Mar nak jalan2 cari breakfast kat pasar ct kdjah..! Rndunya kuih akok..!!!

cuci muka dgn cara yang betul

nak share tips cara nak cuci muka dengan betul. nak cuci muka ni, kena ada peraturan jugak kay. jangan main tibai je gosok mukaa tu. huhu. okay.

1. mula mula sekali, haruslah dimulakan dengan Bismillah. hee nak buat apa apa lagi bagus kalau dapat berkat. :) then make sure korang cuci tangan korang dulu bersih bersih okay. sebelum tuu, sila ikat rambut korang, jangan menghalang muka tau. hmm . TOLONG elakkan sentuh muka dengan tangan macam tu je, ye laaaa, kita kan pegang macam macam, then korang sentuh pulak kat muka tu. so tolong elakkan ye.

2. lepas tu, ambil lah pencuci muka korang, sila lah buihkan dulu banyak banyak kat tangan, baru lah feel time nak cuci tu. huhu. dah buihkan dah? okay lepas tu korang boleh urut muka korang macam gambar kat bawah ni


urut perlahan lahan ye, jangan main tonyoh tonyoh pulak. huhu.

3. lepas dah urut ikut steps di atas, dicadangkan cuci muka dengan air suam dahulu. lepas tu, baru lah cuci muka dengan air sejuk.

4. Lap muka anda dengan tuala yang bersih ea. kalau boleh sediakan tuala yang khas untuk muka je .

yeay. dah siap cuci mukaaa :)

boleh lah lepas tu pakai toner moisturiser bagai kaaaaaaaay. lelaki ke perempuan, boleh cuba pakai kaedah ni. hee. 

Ayat kursi & kelebihannya

 Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. 

*[161]. Kursi dalam ayat ini oleh sebagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya.  

HIKMAH:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan
berada dlm lindungan Allah SWT hingga
sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan
dia daripada masuk syurga kecuali maut
dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah SWT memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan
ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg
benar, pahala nabi2 serta Allah
melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya -
mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia
adalah seperti orang yang berperang
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat
Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah SWT berkenan memberi pertolongan
kepadanya. 
                             
Selamat Beramal!


9s

Apa nak buat kalau belum berjaya?

Jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat? Ada 9S yang anda boleh buat! :-

1- Bersyukur- Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Allah swt.

2- Bersedekah- Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.

3- Salam- Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut.


4- Senyum- Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya? 


5- Sujud- Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan banyak perkara keberkatan dalam hidup kita. 


6- Selawat- Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda! 


7- Sumbang- Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakarwn anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain. 


8- Serah- Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita. 


9- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, saba
r dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar! 

Silakan berkongsi! - AzizanOsman -

JUN PROMOTION!

PENJIMATAN HEBAT!!!

Kami cabar anda untuk dapatkan harga lebih rendah pada bulan JUN ini sahaja!
"Beli Banyak, jimat Banyak" tak perlu bayar lebih ..

Kami jamin anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan juga product kami..Usah tercari cari lagi apabila anda boleh tampil pesona memukau hanya dengan Green soap collagen dan sekali anda cuba ,pasti nak guna lagi..

Fikirkan mengapa pelanggan kami terus datang lagi ...?

usah ragu-ragu..rasai sendiri.. usah percaya apa yang kami cakap,buktikan sendiri.

Anda boleh melakukan tempahan melalui inbox atau telefon TETAPI ia mesti dilakukan hari ini juga supaya anda tidak menyesal! talian hotline kami 013-5323740 =)

Kecantikan dan kumpulan darah anda?




Kumpulan Darah A
-umumnya mempunyai kulit yang tidak mudah berpeluh. 
-cenderung untuk menjadi bebas daripada kulit berminyak kerana mereka mempunyai liang muka kecil.
-disarankan menjaga kulit dengan menggunakan solekan tipis dan semula jadi.
-digalakkan makan sayur-sayuran, protein soya dan bijirin.

Kumpulan Darah B
-cenderung untuk mempunyai lapisan kulit nipis dan sensitif.
-juga kulit yang menghasilkan banyak sebum atau banyak kelenjar minyak.
-penjagaan menggunakan pembersih yang lembut.
-untuk makeup, anda perlu memilih solekan cerah pada bahagian mata.
-produk haiwan seperti daging dan produk tenusu rendah lemak adalah makanan yang sesuai.

Kumpulan Darah O
-penjagaan kulit utama adalah dengan mengekalkan kualiti tidur.
-perlu kerap membersihkan wajah anda dengan krim pembersih ringan, elakkan pencuci yang mempunyai banyak buih.
-mempunyai liang besar, menyebabkan kulit cenderung untuk menghasilkan banyak sebum.
-gunakan produk yang mengandungi matahari perlindungan formula (SPF).
-elakkan daging dan beralih kepada produk ayam, ikan dan makanan laut.

Kumpulan Darah AB
- perlu menggunakan produk yang lebih semula jadi dalam penjagaan kulit.
-elakkan mencuci muka dengan airterus dari paip, perlu menggunakan air yang telah disimpan.
-untuk kulit kelihatan lebih sihat dan berkilat, cuba untuk lakukan masker putih telur. Ia juga berguna untuk mencegah tanda-tanda penuaan.
-pengambilan bahan makanan, produk tenusu rendah lemak dan daging adalah baik untuk kestabilan kulit anda.


***Petikan daripada satu artikel yang saya baca.Menarik untuk perkongsian hari ni kannn  Klik 'like' jika ia sesuatu yang baru untuk anda. -Dr.Faridah Jabar.