Ketetapan Minda Di Jalan Jutawan yang tepat

"Kita tidak usahlah mengulang ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang melayu .Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar.Usah kita memberikan gambaran sebenar apa yang perlu mereka buat.Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya"

Gambaran kekayaan dengan imej kereta mewah ,rumah besar,dan gaya hidup mewah bukanlah satu gambaran tepat matlamat akhir kekayaan.Momokan sebegini ,seperti yang dijelaskan beliau menyebabkan ramai yang kehilangan jiwa mereka kerana mengejar kekayaan berdasarkan kayu ukur kekayaan yang kurang tepat.

Kayu ukur sebegini menyebabkan ramai yang terjebak dalam pelbagai jurang kebinasaan seperti melaburkan wang mereka kedalam skim cepat kaya yang berselindung disebalik pelbagai modus operandi.Akibatnya hidup dibebani hutang apabila pulangan yang dijanjikan hanyalah janji manis.


Saranan minda Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary supaya menghentikan penialaina dan ukuran kekayaan dengan meletakkan gambaran kemewahan material adalah wajar.Beliau sendiri sebagai jutawan bertaraf billionair tidak meletakkan gambaran kemewahan ini sebagai petanda aras kekayaan.

Kesungguhan kita memiliki minda jutawan sebagai langkah pertama menjadi jutawan dapat meningkat dengan kefahaman dan praktikal tentang kesepaduan minda jutawan tokoh besar Donal trump dan Tan sri syed al bukhary.

0 comments:

Post a Comment