Antara Makanan Punca Utama Bau Badan

Tahu tak sebenarnya masalah bau badan berpunca dari ketidakseimbangan hormon, diet, obesiti dan pembiakan bakteria di kawasan-kawasan badan yang terpencil.  Selain daripada itu, faktor pemakanan juga adalah salah satu penyumbang utama terhadap masalah ini. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau.

1. Rempah ratus 
Rempah ratus seperti bawang putih, bawang merah, dan kari secara umumnya akan menyebabkan bau badan kerana ia akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah yang di hapuskan melalui paru-paru dan pori-pori kulit.

2. Daging Merah
Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Walaubagaimanapun, daging merah boleh menyebabkan badan cepat berbau dan berpeluh kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan.

3. Produk Susu
Produk susu sememangnya kaya dengan protein yang membuat tubuh lebih lambat untuk mencernanya. Pelepasan hidrogen sulfida dalam tubuh akan membuatkan tubuh mudah berbau.

4. Kolin
Makanan seperti telur, hati, ikan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan kandungan kolin dan mempunyai kandungan zat yang tinggi dalam membantu perkembangan  memori atau daya ingatan. Juga berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda tetapi ia juga mudah membuatkan tubuh berbau.

5. Makanan bergoreng
Makanan bergoreng seperti ayam goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan bergoreng lain juga boleh menyebabkan badan mudah berbau kerana lemak dan minyak yang terkandung di dalamnya. 

6. Kafein
Kafein adalah stimulant atau penggalak semulajadi yang boleh dijumpai dalam makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh melegakan sakit. Bau makanan dan minuman ini akan meresap ke dalam peluh yang akan menyebabkan badan mudah berbau.

7. Tembakau
Selain makanan, tembakau juga menjadi penyebab bau badan yang kurang menyenangkan kerana asap rokok akan bercampur dengan unsur-unsur lain di dalam badan dan keluar melalui kelenjar keringat. 

Untuk mencegah bau badan yang kurang menyenangkan, banyakkan minum air putih, makan makanan yang berserat dan lebihkan pengambilan buah-buahan seperti epal, strawberri, anggur, tomato, nenas dan tembikai. Sebaiknya kurangkan pengambilan jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau khususnya ketika berada di tempat awam.

Bau Badan ..?? erk!!! pengsan!


Bau badan busuk
Lebih memalukan jika rembesan peluh mengganggu orang lain
 

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh. 

Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit. 

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. 

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine. 

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. 
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. 

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik. 

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme. 

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. 

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif. 

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau. 

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri. 

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga. 

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox. 

Info: Cara mengawal bau badan 
  • Kerap mandi 
  • Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar 
  • Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang) 
  • Berhenti merokok.
  • Percutian Menegejut!


    Hye oktober!

    post kali ni out of topic dari bisnes topic skit yea =)

    just nak share pengalaman yang sangat2 suweet gitu dengan percutian yang xdirancang...

    Memang kami ada plan nak bercuti di langkawi,,tapi xda la plan haritu nak pergi.. so malamnya sebelum tengok wayang hubby ajak relex2 ja minggu nie.. so kami decide ke langkawi la ..
    bila tanya kawan2 kat sana skunk xda la musim hujan kan..so kami berserah la terus packing barang pagi tue..dan semestinya scarf perfume x tinggal =)


    kami naik jetty kuala kedah. masa nak tunggu ferry ,saja usha2 pakej yang ada kat sutu sebabnya masa google2 semalam ada terbaca island hopping salah satu pogram yg best kat lgkawi n nampak sangat menarik!

    so tanya2 cuma rm35sorang ja..terus grab sekali tiket underwaterworl rm25 sorang..mujur kami beli tiket siap2 sebabnya masa p underwater world ramai ha beratur beli tiket..
    owh ya.. disebabkan nie percutian yang x dirancang so hotel xda la..on the way masa ke jetty buka booking.com dan ambik budget2 saja untuk 2 malam..jumpa satu hotel mcm chalet jugak la.. yang baru sangat2 dibuka dan nampak menarik!


    memang menarik ..ala2 kampung gitu.. tapi xda econ okeyh..just kipas n tv xda dalam bilik..huhuhu

    Nie jalan nak masuk hotel.. Dr tepi jalan kira lali jalan ni.. X nampak la dr tepi jalan
    Nie depan bilik❤


    sampai2 kami x sewa kereta sebab abg ipar duk sana ..so calling n pnjam keta je..hihih jimat kan =P
    malamnya xda aktiviti apa just ronda2 cari selipar nak pakai p island  & cari kedai sebab en hubby nak tengok bola final malaysia lawan sapa eh masa tue.. x igt plak.. huhuhu


    KEESOKANNYA
    hari yang penuh aktiviti dan sangat2 best!
    pagi2 lepas subuh & breakfast ..jalan2 dengan hubby tepi pantai cenang dulu...dalam pukul 9 van datang pickup ambik kat hotel..hotel kami x jauh dr jetty nak p island hopping tue..hotel t start cottege nie depan hotel holiday ja... first kami p tasik dayang bunting...
    Nie depan bilik kami
    Noe kat pantai cenang.. Penat berlari dengan hubby




    hahhahah kisah lawak!
    monyet banyak sangat! kami bawak bekal roti n air mineral dalam plastik..so hubby sorok dalam baju sebab nnti monyet2 tue ragut!
    & part mandi plak.. mar ada baca yg kisah kalau yg belum mgndung n nak try tue boleh mandi atau minum air tasik bunting.. suami pandai berenang xpe la.. mar yg takut berenang ni alahai..even pakai life jaket pun still takut tau! duk lam air dalam 10minit terus naik!!
    hahahha xpayah bawak baju salin k towel apa.. naik bot terus kering...
    Nampak
    X kepala, breast n mar tjuk peyot tu
    Hahah nie pun duk pgg kaki en suami ja.!!hahha
    Suka dia boleh berenang..!
    Kawasan tasik.. Nak masuk tue kena ikut jalan bukit..! Xla dalam
    Sgt.. Tapi penat gak la

    next kita tengok eagle! pulau apa eh.. mmg bnyak la helang kat situ..kita just duk lam boat ja..



    next n last pulau beras basah!
    boleh snorkelling kat sini tapi hubby kata xbest sgt sebab batu karang ja.. mar ada try snorkelling jugak..as usual budak takut air ni n xpandai guna life jaket..asa mcm mana ntah duk terapung nie.. last2 mandi laut macam tue jaa hahhahaha...

    Gambar mest ambk..!
    Snorkelling atas darat je la..! Hahhaha
    Ada tarzan la..! Huhu


    serius penat! tapi best! lepas balik..mandi,solat n rest sekejap.. en hubby dah pengsan sekejap..letih berenang katanya hehehhe.. mar x boleh nak tidur sebab excited kan..hehhee so iron2 baju terus pjuk2 hubby bangun keluar cari makan n masuk underwaterworld..
    Cer teka apakah ini


    disebabkan ada masa lagi petang tue jugak terus naik cabel car.. kabus tebal plak.. naik atas tue x nampak apa la..kecian en hubby ..mar ni kali kedua naik cabel car..so xla teruja sangat... en hubby yg first time nie frust la jugak ..

    Tebal x nampak apa punn

    lepas trun cabel car kami terus pekan kuah cari barang siap2..plannya esok nak balik awal n x la panas sangat nak membeli.. lagipun kami bukan nak shopping sangat ..just nak relex ja.. apa yang kami cari of cos coklat n paling penting cari luggage!
    sebab dulu kakak mar beli beg sini murah n mar guna beg dia..so ni kena ganti balik la =P
    Kanan tue yg beli.. Yg kiri tu yg kakak mar beli dulu.. Dalam beg kanan tu ada satu lg beg kecik huhu abaikan kaki tue hahaha

    kami grab dua terus senang.. sanagt2 murah..yg besar rm40 saja..yg kecil sikit kami beli untuk kami rm36.. memang la x ori tapi kami x kisah..nak isi baju je pun.. Lagipun kami memang jenis x kisah sangat barang2 branded nie.. so grab je =)

    LAST DAY

    sebelum balik penang kami singgah umah membe kolej nursing dulu.. waaaa besar gedabak rumah! alangkah indahnya dduk langkawi.. rumah besar... kereta murah kan... =)

    kenangan langkawi memang sweet n best! yang xbestnya time balik tiket pnuh n kena tunggu sejam lebih jugak ..tup2 bila ampai masanya pengumuman ferry delay plak! memang hangin betul2 dah nie... x sabar nak balik penang sebab masa tue minipack scarfperfume dah ready stock n ramai sangat order masa tue.. teruja punya pasal nak bisnes sampai x sabar2 nak balik penang plak .. hehhehe


    sekian sahaja coretan kali ni =)

    apapun nak cakap ..Alhamdulillah hasil berbisnes..nak bercuti pun senang..x payah apply cuti..just tgu en hubby cuti ja n then nak berbelanja pun xda la resah sangat bila kita sendiri boleh plan income banyak mana kita nak bulan tue.. =)

    aura warna dan waktu solat!


    Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

    Pada Waktu Subuh

    Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

    Waktu Zuhur

    Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

    Waktu Asar

    Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…) Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

    Waktu Maghrib

    Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

    Waktu Isyak

    Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

    Selepas Tengah Malam

    Alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

    7 KESALAHAN KETIKA MEMAKAI MINYAK WANGI



    7 KESALAHAN KETIKA MEMAKAI MINYAK WANGI

    1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah

    Biasanya kita memakai perfume selepas mandi.Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi.Pakai setelah badan agak kering.Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.

    2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama

    Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri.Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama,keharmonian perfume akan hilang.Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik.Oleh itu,kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

    3. Pakai dari atas ke bawah

    Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan?Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bau perfume tersebut.

    4. Pakai perfume di baju

    Pakai perfume pada badan bukannya pada baju.Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan?kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.

    5. Menggosok perfume selepas pakai

    Kalau jenis spray,selepas di spray di pergelangan tangan,jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah.Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

    6. barang kemas/perhiasan/jam tangan

    Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan.Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur.Selain itu,dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

    7. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk

    Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas.Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

    Kebaikkan senaman pagi

    1)      Boleh membuatkan anda berasa segar, sihat dan akan lebih memberikan tumpuan     untuk melakukan kerja di pejabat dan aktiviti petang.
    2)      Meningkatkan daya fikir seseorang
    3)      Akan sentiasa bersedia untuk bangun pagi dan akan sampai awal di pejabat
    4)      Memberikan anda ‘ a senseof accomplishment ‘ yang akan bertahan dalam diri anda sepanjang hari
    5)      Senaman pagi juga akan memaksa kita untuk mula member perhatioan pada apa yang kita makan di pagi hari. Dan ini akan membantu kita mengatur selera makan
    6)      Senaman pagi membantu membakar lemak dan boleh menurunkan berat badan. Ini adalah kerana senaman pagi membantu anda mengepam metabolisme tubuh dan mempertahankannya hingga 24 jam  dan akan membentu pembakaran lemak sepanjang hari.
    7)      Senaman cardio di pagi hari sangat bagus untuk proses pemecahan lemak kerana masa otot dan glikogen hati atau disebut karbohidrat yang tersimpan biasanya sangat rendah ketika kita bangun tidur.Karbohidrat atau glikogen adalah sumber tenaga bagi tubuh kita. Jadi, di saat sumber tenaga kita sangat rendah, tubuh badan kita akan mencari alternative lain iaitu lemak yang tersimpan untuk dibakar.. Kesimpulannya semakin rendah karbohidrat dalam badan, lebih banyak lemak yang akan terbakar .


    Akhir sekali, kena banyak sabar ye.. janganlah ingat hari ni senam besok dah kurus. Ramai yang gagal untuk kuruus melalui senaman adalah kerana sifat tak sabar tu dan nak kurus cepat. Kena ingat lagi cepat kita kurus lagi cepat kita naik. Ini adalah kerana sellaunya kalau kita diet makan, yang hilang adalah air dari dalam badan, dimana kalau kita tersilap langkah , kita boleh naik sehingga dua kali ganda.. jangan terperanjat pulak.

    7 amalan malam jumaat

    7 Amalan Malam Jumaat

    Assalamualaikum wbt :)

    Entri kali ini sekadar untuk perkongsian kita semua sesama umat Islam. Rasanya mungkin dah ramai di kalangan kalian yang dat tahu. Tapi takpe. Tak salah jika kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain kan?


    Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan. Di antara amalan-amalan malam Jumaattersebut adalah :

    1) Membaca Surah Al-Kahfi
    Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat.

    2) Membaca Surah Yassin
    Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin.
    Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda ; “Barangsiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

    Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad  telah menyebut dalam hadisnya: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”(HR Tarmizi)

    3) Berselawat
    Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT :

    “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)

    Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah bersabda: “Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

    Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah  bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

    4) Jimak
    Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh Islam.
    Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis danmalam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad SWT mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.
    Antara adab-adab berjimak ialah mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak.

    5) Qiyamulail
    Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail (solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat sunat.
    Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.

    6) Perbanyakkanlah zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir

    7) Memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT.

    Eau De Parfum

    Apakah maksud Eau De Toilette, Eau de Parfum, dan lain-lain.

    Istilah ini merujuk kepada kekuatan wangian, atau lebih khusus, berapa banyak kandungan PATI ditambah kepada alkohol gred tinggi dan/atau air.

    'Parfum' (jenis umum paling pekat anda boleh beli) mempunyai perfume oil/ pati dlm 15-25% larut dalam alkohol. Mana-mana campuran dengan kadar yang lebih rendah daripada minyak alkohol dikenali sebagai 'Eau'. (cara sebut - eewwww)

    --> Eau Fraiche (Usually 3% or less perfume oil)

    --> Eau de cologne - EDC (2 - 5% perfume oil)

    --> Eau de toilette - EDT (4 - 10% perfume oil) - Biasa ada pd kebanyakan brand..

    --> Eau de parfum - EDP (8 - 15% perfume oil) - Brand agak mahal i.e Chanel no.5, etc..

    --> Soie de Parfum (15 - 18% perfume oil) - Brand mmg mahal i.e Hermes, etc.. whew

    --> PARFUM (15 - 25% -- also sometimes referred to as Extract or Extrait) - Original Chanel no.5, etc..

    --> Perfume oil/ pati (15-30% perfume oil in an oil rather than alcohol base)

    Anda juga berkemungkinan untuk jumpa 'Parfum de Toilette'. Kebanyakan syarikat pengeluar menggunakan istilah ini untuk menggambarkan kepekatan yang sama seperti 'Eau De Parfum', atau antara 'Eau De Parfum' dan 'Parfum'(8-25%)


    3 jenis wangian yang paling biasa anda beli adalah:

    --> 'Parfum' - Ini adalah salah satu daripada wangian paling KUAT boleh didapati. Ini bermakna, anda perlu hanya menggunakan dlm kuantiti yg sedikit dan wangian akan bertahan lebih lama bergantung pada jenis kulit. Akan bertahan dr 6 hingga 8 jam atau lebih!!

    --> 'Eau de parfum' - EDP, Ini adalah ringan daripada Parfum dan kurang mahal, tetapi masih mempunyai bau wangian yg tahan lama. Akan bertahan dr 3 hingga 5 jam.

    --> 'Eau de toilette' - EDT, Ini adalah wangian ringan dan paling biasa digunakan untuk kegunaan harian yang kasual. Ia adalah yg paling kurang mahal daripada 'Eau de Parfum'. Akan berlangsung selama 2 hingga 4 jam. (Biasa ada pd gred A-AAA atau A+ thinking



    SCARF PERFUME

    Assalam dan hye semua..

    Harini pagi2 dah ada mood post entry baru tentang scarf perfume..


    Untuk tingkatkan keyakinan diri perlukan keberanian dalaman dan luaran.

    dah tampil menarik dengan kulit yang cantik berseri dengan penggunaan GSC , mar nak bantu anda tampil dengan lebih yakin dengan haruman yang mampu memikat hati sipemakai dan yang menghidunya =)

    sangat2 untung si suami jika si isteri tampil setiap hari dengan kecantikan dan keharuman yang menawan =)


    Bukan tue sahaja.kelebihan scarf perfume yang bebas alcohol menarik diri mar untuk terus guna .
    So xde la nak rasa was2 bila sembur perfume kat badan n baju n then nak pakai solat kan..
    solat dalam keadaan haruman yang menenangkan membantu kita fokus dan kusyuk InsyaAllah..

    Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

    Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)
    Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).
    Makruh menolak pemberian wangian
    Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:
    Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)


    Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir".



    Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus" (HR Ad-Dailami)
    Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a, Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)

    Disamping kita memakai perfume untuk tingkatkan keyakinan dan penampilan kita .kita juga mengikut sunnah nabi SAW. =)

    Istimewanya SCARF PERFUME nie adalah:
    -bau yang lembut
    -asli
    -pekat
    -tahan lama
    -bebas alcohol

    kita boleh gunakan setiap haruman mengikut mood kita =)






    dan ada yang lagi best tentang scarf perfume nie,.

    scarf perfume dipackaging kan dalam 3 bentuk
    -premium pack
    -mini pack
    -single pack

    so kita ada pilihan sama ada kalau baru nak cuba kesemua haruman
    boleh try mini pack.
    tapi kalau ada terpikat pada satu haruman sahaja boleh ambik single pack
    dan kalau kita suka kelima2 haruman lebih baik kita grab terus premium pack =)

    PREMIUM PACK RM167
    SINGLE PACK  RM47
    MINI PACK RM37

    bagi anda yang ingin mencari side income yang sangat mudah 
    dan sistem yang teratur dan profit yang masyuk
    SCARF PERFUME
    adalah jawapannya ^_^



    Doa lepas wudhuk



    Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)