Percutian Menegejut!


Hye oktober!

post kali ni out of topic dari bisnes topic skit yea =)

just nak share pengalaman yang sangat2 suweet gitu dengan percutian yang xdirancang...

Memang kami ada plan nak bercuti di langkawi,,tapi xda la plan haritu nak pergi.. so malamnya sebelum tengok wayang hubby ajak relex2 ja minggu nie.. so kami decide ke langkawi la ..
bila tanya kawan2 kat sana skunk xda la musim hujan kan..so kami berserah la terus packing barang pagi tue..dan semestinya scarf perfume x tinggal =)


kami naik jetty kuala kedah. masa nak tunggu ferry ,saja usha2 pakej yang ada kat sutu sebabnya masa google2 semalam ada terbaca island hopping salah satu pogram yg best kat lgkawi n nampak sangat menarik!

so tanya2 cuma rm35sorang ja..terus grab sekali tiket underwaterworl rm25 sorang..mujur kami beli tiket siap2 sebabnya masa p underwater world ramai ha beratur beli tiket..
owh ya.. disebabkan nie percutian yang x dirancang so hotel xda la..on the way masa ke jetty buka booking.com dan ambik budget2 saja untuk 2 malam..jumpa satu hotel mcm chalet jugak la.. yang baru sangat2 dibuka dan nampak menarik!


memang menarik ..ala2 kampung gitu.. tapi xda econ okeyh..just kipas n tv xda dalam bilik..huhuhu

Nie jalan nak masuk hotel.. Dr tepi jalan kira lali jalan ni.. X nampak la dr tepi jalan
Nie depan bilik❤


sampai2 kami x sewa kereta sebab abg ipar duk sana ..so calling n pnjam keta je..hihih jimat kan =P
malamnya xda aktiviti apa just ronda2 cari selipar nak pakai p island  & cari kedai sebab en hubby nak tengok bola final malaysia lawan sapa eh masa tue.. x igt plak.. huhuhu


KEESOKANNYA
hari yang penuh aktiviti dan sangat2 best!
pagi2 lepas subuh & breakfast ..jalan2 dengan hubby tepi pantai cenang dulu...dalam pukul 9 van datang pickup ambik kat hotel..hotel kami x jauh dr jetty nak p island hopping tue..hotel t start cottege nie depan hotel holiday ja... first kami p tasik dayang bunting...
Nie depan bilik kami
Noe kat pantai cenang.. Penat berlari dengan hubby




hahhahah kisah lawak!
monyet banyak sangat! kami bawak bekal roti n air mineral dalam plastik..so hubby sorok dalam baju sebab nnti monyet2 tue ragut!
& part mandi plak.. mar ada baca yg kisah kalau yg belum mgndung n nak try tue boleh mandi atau minum air tasik bunting.. suami pandai berenang xpe la.. mar yg takut berenang ni alahai..even pakai life jaket pun still takut tau! duk lam air dalam 10minit terus naik!!
hahahha xpayah bawak baju salin k towel apa.. naik bot terus kering...
Nampak
X kepala, breast n mar tjuk peyot tu
Hahah nie pun duk pgg kaki en suami ja.!!hahha
Suka dia boleh berenang..!
Kawasan tasik.. Nak masuk tue kena ikut jalan bukit..! Xla dalam
Sgt.. Tapi penat gak la

next kita tengok eagle! pulau apa eh.. mmg bnyak la helang kat situ..kita just duk lam boat ja..



next n last pulau beras basah!
boleh snorkelling kat sini tapi hubby kata xbest sgt sebab batu karang ja.. mar ada try snorkelling jugak..as usual budak takut air ni n xpandai guna life jaket..asa mcm mana ntah duk terapung nie.. last2 mandi laut macam tue jaa hahhahaha...

Gambar mest ambk..!
Snorkelling atas darat je la..! Hahhaha
Ada tarzan la..! Huhu


serius penat! tapi best! lepas balik..mandi,solat n rest sekejap.. en hubby dah pengsan sekejap..letih berenang katanya hehehhe.. mar x boleh nak tidur sebab excited kan..hehhee so iron2 baju terus pjuk2 hubby bangun keluar cari makan n masuk underwaterworld..
Cer teka apakah ini


disebabkan ada masa lagi petang tue jugak terus naik cabel car.. kabus tebal plak.. naik atas tue x nampak apa la..kecian en hubby ..mar ni kali kedua naik cabel car..so xla teruja sangat... en hubby yg first time nie frust la jugak ..

Tebal x nampak apa punn

lepas trun cabel car kami terus pekan kuah cari barang siap2..plannya esok nak balik awal n x la panas sangat nak membeli.. lagipun kami bukan nak shopping sangat ..just nak relex ja.. apa yang kami cari of cos coklat n paling penting cari luggage!
sebab dulu kakak mar beli beg sini murah n mar guna beg dia..so ni kena ganti balik la =P
Kanan tue yg beli.. Yg kiri tu yg kakak mar beli dulu.. Dalam beg kanan tu ada satu lg beg kecik huhu abaikan kaki tue hahaha

kami grab dua terus senang.. sanagt2 murah..yg besar rm40 saja..yg kecil sikit kami beli untuk kami rm36.. memang la x ori tapi kami x kisah..nak isi baju je pun.. Lagipun kami memang jenis x kisah sangat barang2 branded nie.. so grab je =)

LAST DAY

sebelum balik penang kami singgah umah membe kolej nursing dulu.. waaaa besar gedabak rumah! alangkah indahnya dduk langkawi.. rumah besar... kereta murah kan... =)

kenangan langkawi memang sweet n best! yang xbestnya time balik tiket pnuh n kena tunggu sejam lebih jugak ..tup2 bila ampai masanya pengumuman ferry delay plak! memang hangin betul2 dah nie... x sabar nak balik penang sebab masa tue minipack scarfperfume dah ready stock n ramai sangat order masa tue.. teruja punya pasal nak bisnes sampai x sabar2 nak balik penang plak .. hehhehe


sekian sahaja coretan kali ni =)

apapun nak cakap ..Alhamdulillah hasil berbisnes..nak bercuti pun senang..x payah apply cuti..just tgu en hubby cuti ja n then nak berbelanja pun xda la resah sangat bila kita sendiri boleh plan income banyak mana kita nak bulan tue.. =)

aura warna dan waktu solat!


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada Waktu Subuh

Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…) Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas Tengah Malam

Alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

7 KESALAHAN KETIKA MEMAKAI MINYAK WANGI



7 KESALAHAN KETIKA MEMAKAI MINYAK WANGI

1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah

Biasanya kita memakai perfume selepas mandi.Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi.Pakai setelah badan agak kering.Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.

2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama

Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri.Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama,keharmonian perfume akan hilang.Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik.Oleh itu,kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

3. Pakai dari atas ke bawah

Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan?Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bau perfume tersebut.

4. Pakai perfume di baju

Pakai perfume pada badan bukannya pada baju.Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan?kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.

5. Menggosok perfume selepas pakai

Kalau jenis spray,selepas di spray di pergelangan tangan,jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah.Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

6. barang kemas/perhiasan/jam tangan

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan.Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur.Selain itu,dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

7. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas.Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Kebaikkan senaman pagi

1)      Boleh membuatkan anda berasa segar, sihat dan akan lebih memberikan tumpuan     untuk melakukan kerja di pejabat dan aktiviti petang.
2)      Meningkatkan daya fikir seseorang
3)      Akan sentiasa bersedia untuk bangun pagi dan akan sampai awal di pejabat
4)      Memberikan anda ‘ a senseof accomplishment ‘ yang akan bertahan dalam diri anda sepanjang hari
5)      Senaman pagi juga akan memaksa kita untuk mula member perhatioan pada apa yang kita makan di pagi hari. Dan ini akan membantu kita mengatur selera makan
6)      Senaman pagi membantu membakar lemak dan boleh menurunkan berat badan. Ini adalah kerana senaman pagi membantu anda mengepam metabolisme tubuh dan mempertahankannya hingga 24 jam  dan akan membentu pembakaran lemak sepanjang hari.
7)      Senaman cardio di pagi hari sangat bagus untuk proses pemecahan lemak kerana masa otot dan glikogen hati atau disebut karbohidrat yang tersimpan biasanya sangat rendah ketika kita bangun tidur.Karbohidrat atau glikogen adalah sumber tenaga bagi tubuh kita. Jadi, di saat sumber tenaga kita sangat rendah, tubuh badan kita akan mencari alternative lain iaitu lemak yang tersimpan untuk dibakar.. Kesimpulannya semakin rendah karbohidrat dalam badan, lebih banyak lemak yang akan terbakar .


Akhir sekali, kena banyak sabar ye.. janganlah ingat hari ni senam besok dah kurus. Ramai yang gagal untuk kuruus melalui senaman adalah kerana sifat tak sabar tu dan nak kurus cepat. Kena ingat lagi cepat kita kurus lagi cepat kita naik. Ini adalah kerana sellaunya kalau kita diet makan, yang hilang adalah air dari dalam badan, dimana kalau kita tersilap langkah , kita boleh naik sehingga dua kali ganda.. jangan terperanjat pulak.