Owh serunding..DMS Delicious Serunding

DMS Delicious Serunding

"Original Resepi Kg Laut, Warisan Turun Temurun"
Dalam Banyak SERUNDING Yang Ada Di Pasaran Hanya Sedikit Sahaja Yang Benar-Benar Mempunyai CITARASA Yang ASLI…

Hanya mereka yang telah merasainya sahaja yang tahu betapa LAZATnya SERUNDING yang ASLI…
Jika ANDA merupakan seorang peminat SERUNDING dan masih tercari-cari Serunding ASLI yang mempunyai citarasa yang sebenar sila teruskan bacaan anda sekarang…
==========================
Sememangnya ada banyak serunding yang boleh kita perolehi di pasaran namun sebenarnya agak sukar untuk memperolehi serunding yang benar-benar asli.
Pernahkah anda membeli serunding dan bila anda ingin menikmatinya anda berasa sedikit hampa kerana…:
  •   Keadaan serunding yang terlalu kering dan terlalu berderai
  • Rasa seperti hampas dan kosong
  • Citarasa yang agak kurang perisanya

Namun akibat tidak banyak pilihan yang ada terpaksa telan jugalah. Persoalannya sekarang apa itu serunding yang asli…?
Serunding asli adalah serunding yang dihasilkan menggunakan resepi, bahan-bahan serta cara masak secara tradisional yang berasal dari Kampung Laut di Kelantan dan untuk pengetahuan anda serunding ini asalnya dari Kelantan.

4 perkara yang perlu dilihat untuk menilai citarasa serunding yang benar-benar asli kelazatannya.
  •         Tekstur
  • Rasa
  • Citarasa
  • Tahan lama lebih 6 bulan.
Apabila anda pegang serunding tersebut ianya seolah-olah hirisan ayam atau daging yang kering dan berderai namun apabila ianya masuk ke dalam mulut masih terasa rasa basah daging.
Rasa yang sedap dengan terasa rasa rempah serta tumisannya menjadikan serunding itu lebih sedap serta lazat untuk dimakan.
Dengan resepi serta cara masak yang betul mengikut cara tradisional serunding Kampung Laut Kelantan serunding anda bukan sahaja sedap, lazat serta bercitarasa tinggi malah ianya mampu bertahan lama sehingga 6 bulan lamanya.

Ada pelbagai jenis Serunding Asli Kelantan namun yang agak popular di pasaran adalah :
  • Serunding ayam
  • Serunding daging
  • Serunding ikan
 =========================
Jika anda tanya saya bagaimana untuk menikmati Serunding Asli Kelantan maka saya akan kata macam-macam caranya.
Anda boleh nikmati serunding ini dengan :
  •  Menjadikannya sebagai bahan cicah
  • Sebagai lauk
  • Sebagai bahan masakan
  • Dijadikan sebagai penyedap makanan dan dimakan dengan samada nasi, pulut, ketupat, lontong, soto dan banyak lagi
  • Digunakan dalam industry ‘bakeri’
  • Atau boleh dimakan terus.
Terpulang kepada anda bagaimana untuk anda menikmatinya tapi apa yang pasti citarasanya tidak akan menghampakan anda.
==========================

Serunding Asli sesuai dihidangkan dalam apa pun keadaan.
  •  Ketika hari perayaan terutama Hari Raya.
  • Hari-hari kebesaran
  • Sebagai pelengkap kepada lauk-pauk
  • Malah ianya sangat sesuai untuk diambil sebagai snek ringan setiap hari dalam apa jua keadaan.
 Setiap lapisan umur tidak kira bangsa apa pun sangat sesuai mengambilnya sebagai snek ringan harian.

  • Sambil menonton TV
  • Ketika mengadakan majlis hari jadi atau apa sahaja majlis keraian
  • Sambil-sambil berehat dan bersantai
  • Dibawa kektika berkelah
  • Snek untuk satu perjalanan yang jauh samada dalam bas, keretapi mahupun kereta
========================

Salah satu cara untuk mendapatkan Serunding Asli Kelantan adalah dengan pergi sendiri ke Kampung Laut Kelantan namun persoalannya tahukah anda kepada siapa harus anda berjumpa untuk mendapatkannya...?
Tambahan pula kenapa harus anda bersusah payah untuk pergi ke Kelantan semata-mata untuk dapatkan serunding ini sedangkan anda tidak perlu keluar rumah pun.
Apa yang perlu anda lakukan adalah menekan button message dan lakukan tempahan anda dan Serunding Asli Kg Laut anda akan sampai ke rumah anda.






0 comments:

Post a Comment