E book pertama


Saya bermula bisnes di facebook pada tahun awal tahun 2012, selepas bertunang hujung tahun 2011,saya decide untuk cari kerja part time tambah simpanan untuk majlis perkawinan..tapi dihalang oleh en tunang yang kini sudah bergelar suami.

Dia plan untuk saya buat bisnes dan saya sangat2 xda idea untuk berbisnes ..kata saya,saya bukan jiwa bisnes... setiap hari berdoa semoga urusan dipermudahkan.. dibantu Allah tunjukkan jalan sehingga la saya diinvite satu bisnes yang dikenali MLM.

Pertama kali mendengar perkataan MLM malam tue & dgn hanya kata2 saya percaya mungkin ini adalah jalan yang Allah berikan pada saya. so saya grab peluang tu tanpa berbincang dengan sesiapa pun.

3 Bulan pertama hanya dengan partime saya hit sales RM6 +++ Berturut2, sebulan part time saya dapat bersamaan 3 bulan gaji.. 3 bulan saya dapat 9 bulan gaji .. saya belajar dan buat terus apa yang diajar. ilmu tersebut saya simpulkan dan saya aplikasikan dalam bisnes facebook sekarang.. dan ilmu tue saya turunkan dalam ebook pertama saya 



                                                      "FACEBOOK NETWORKING MENGUNTUNGKAN"
                                                      

                                                      -----> www.marzianashukri.com





Rahsia Bismillah 21 kali sebelum tidur

Amat mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa selama satu atau dua minit sahaja, namun anda akan mengalami kesan yang menakjubkan. Amalan in dilakukan semasa mahu tidur pada waktu malam. Cara amalannya seperti berikut:

Semasa mahu tidur pada waktu malam, apabila kita sudah pun di katil, setelah baringkan diri, bacalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali. Kemudian niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini ;
”Ya Allah, aku mahu bangun 20 minit sebelum azan subuh”
Atau pun begini ;
” Ya Allah aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk solat tahajjud”
InsyaAllah anda akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.

Amalan ini amat mudah dilakukan dan amat mustajab dan berkesan. Kalau anda masih belum yakin atas apa yang ana paparkan disini, anda boleh mencuba sendiri mulai malam ini, kemudian lihatlah buktinya. Sungguh mudah sekali.

Disamping anda boleh jaga tepat pada waktu yang diniatkan, pengamal bacaan BISMILLAH 21 kali ini juga mendapat faedah-faedah lain juga, antaranya:
1) Anda akan terjaga tidur sekiranya ada penceroboh atau mencuri yang berniat buruk.
2) Terselamat dari sebarang gangguan makhluk, samada dari ganguan manusia @ binatang @ gangguan jin.
3) Terselamat dari sihir @ ilmu hitam yang di tujukan kepada kita yang selalunya dilakukan semasa sesaorang itu tidur.
BEGITULAH KEBESARAN ALLAH!

perkongsian dari insan insan hebat!


>> Ramai orang suka tanya dan belajar Rahsia Kejayaan Bisnes. Di situ, orang akan belajar so-called rahsia-rahsia tersebut.. tapi apabila mereka mulakan bisnes dengan rahsia tersebut, tak nampak mcm rahsia pun. Akhirnya apabila mereka menghadapi pelbagai cabaran, mereka akan give-up dan cakap rahsia tersebut xboleh pakai.

SEKARANG FIKIR DARI SUDUT YANG BERLAWANAN!

>> Tanya kepada anda sendiri, atau belajar Rahsia Kegagalan Bisnes. Senaraikan sebanyak yang boleh apakah yang boleh menjadikan bisnes anda gagal, produk xboleh jual, orang xnak beli. Tanya kawan anda, apakah rahsia kegagalan bisnes mereka sebelum ini. Buat latihan ini dengan serius. Mula sekarang dan senaraikan sebanyak yang anda boleh dapat di bawah.

1..

2..

3..

4..

5..

Sekarang adakah anda nampak apakah Rahsia KEJAYAAN Anda dengan MENGELAKKAN Kegagalan?


------------------ Post dari FB Bryan Gan II


Jadi apa kata saya kongsikan tip untuk menjadikan rezeki sentiasa beratur dan ingin datang kepada anda , malah mereka tidak sanggup anda menunggu mereka, rezeki rezeki akan berebut untuk datang pada anda,

Powerkan ! Memang best tip ini.

Hmmm kalau dah baca tu Share lah, tekan button SHARE , share kepada ramai dan dapatkan anda saham akhirat,insya allah,

Okie jadi nak buat apa? Hmm

Anda bangun lebih awal pada pagi hari dan anda bersiap sedia menunggu kedatangan waktu fajar(subuh). Anda tunggu kehadiran waktu subuh, itu je,,,,,,,, buat lah dan lihatkan apa yang berlaku kepada rezeki anda , akan berlumba dan tidak akan lagi mereka menunggu untuk datang kepada anda ,

Best best best -


------------------------ Post dari Fb Abang Abu 


pernah buat tak camni?

Bila keluar makan/minum atau tengah pegang gelas berisi air, tiba2 ada rasa xpuas hati kat sesiapa, then 'ter'mengumpat depan air tu, atau marah2 depan air, pendek kata cakap benda2 negatif la depan air tu.

Pernah buat x?

Tau tak sebenarnya air tu 'perakam' yang terbaik? Ia akan 'rakam' semua yang ada depannya. Sebab tu kalau perasan, orang selalu baca Yassin depan air, sebab nak 'rakam' vibration2 dan energy2 positif dari Al Quran itu. Air kan akan 'bersatu' dalam badan kita.

Ce bayangkan anda sedap ngumpat2, dan marah2 (energy negatif) depan air,lepastu minum pulak air yang di'rakam' dengan aura negatif tu?

Ahha, sebab tu kadang2 kita cepat emo, susah nak terima ilmu, payah nak berubah yang lebih baik, sebab kita dah 'rakam' benda2 negatif dan masukkan dalam badan kita.

Wallahualam.

------------- Post dari FB Tuan Izan

Mr Bellum Tan

"Jika anda dalam kategori business bukan self employed,adakah perniagaan anda semakin baik atau semakin teruk apabila anda bercuti selama 6 bulan?"


setakat nie dulu malam nie.. nanti mar update lagi ..ramai lagi orang hebat =)