Bisnes Facebook?

Bismillah

Alhamdulillah malam ni berpeluang menaip di blog .
Siang tadi mar ada survey dalam facebook berapa tahun dah kawan2 buat bisnes facebook nie?


Hasilnya mar lihat ramai yang belum sampai setahun lagi berbisnes, maknanya ramai followers mar adalah orang yang baru buat bisnes.

Terima kasih kerana sudi follow mar =)
 Apa yang mar nak share disini adalah, benda yang selalu newbie akan cakap bila pm mar
antaranya ya..


Mar faham bagi yang baru berniaga mesti semangat tinggi nak start bisnes.
Ada yang kadang2 dah budget akan dapat customer ramai bila post di fb kan.Tapi bila tiba2 yang jadi diluar jangkaan tu yang macam x best betul?
Come on dear, xkan dah give up ?

----------------------
let me share something, nak?
mar harap dari story ni u alls boleh belajar sesuatu ya =)
--------------------

Semua orang yang dah berumah tangga akan menanti untuk dapat keputusan "im preggy!"
Tapi perasan atau tidak, ada yang baru berkawen terus dapat berita mengandung.. 
ada yang beberapa bulan baru mengandung..
ada yang setahun..
ada yang dua tahun..
ada yang tiga tahun..
ada yang mar sendiri kenal 6 tahun baru mengandung!

Apa yang dia x buat?
orang cakap makan nie.. dia makan
orang cakap guna nie.. dia guna.. boleh kata macam2 la usahanya.. tapi Finally berkat kesabarannya 6 tahun baru dapat baby..

-----------------------

Apa yang mar nak kaitkan disini,
berjaya dalam perniagaan mar kaitkan sama dengan berjaya dapat baby..
Ia adalah rezeki yang diberikan dari Allah untuk kita.

ada orang senang sangat dapat..
ada orang biasa2 ja .. usaha sikit then dapat..
ada orang dah cuba macam2 baru dapat...

boleh faham?
----------------------------

Doa dan minta padaNya... Rezeki x pernah tersalah alamat,rezeki rahsia Allah..
kita hanya berusaha.. 

masa mar mula2 buat biznes online,mar nak cepat hit sales n nak income min 2/3 ribu sebulan..
tapi mar zero knowledge dalam bisnes facebook.. 

so mar usaha pergi kelas untuk belajar ..sebab mar yakin nak short cut masa,kena ada ilmu.. 
Alhamdulillah pelaburan RM3 000 kelas pertama membawa hasil yang diluar jangkaan mar..

TAPI..
ada yang cakap ,saya pergi juga kelas tue..kenapa saya x dapat apa pun?
(ingat balik cerita nak mgndung tadi? ingat balik cerita rezeki? so salah kelas tue ke?)
-----------------------------

mar x cakap nie salah anda yang mungkin ada x pernah join kelas apa2..
mungkin ada yang dah join macam2 kelas tapi x dapat seperti yang diinginkan pun..
ada yg cakap,"mar kawan akak ni,,dia x p kelas apa pun.. dia promote pun ikut dan ja..tapi akak tengok laju ja sales dia..."

(ingat balik kak konsep rezeki, cerita mengandung tadi.. ada yg kawen2 terus lekat kan?)

------------------------------

sebenarnya cerita nie lah yang mar ceritakan pada diri mar..
mar suka belajar dari setiap apa yang terjadi di sekeliling mar..

--------------------------

lagi satu yang mar selalu cakap dekat diri untuk elak mar salahkan orang lain dgn ayat2::

 "ebook tue x menjadi la"
" kelas tue la.. ntah pape "
"dia nie la.."
"dia tue la"

letak cermin depan2 kita 

lepas mar baca kata2 dalam gambar ni,betul2 buat mar tersedar ...

dalam bisnes ada 3 aspek yang kita kena tengok dan nilai balik sebelum nak tunjuk kat orang

- diri kita sendiri:: ilmu pemasaran bisnes dah cukup pro ke? ::kalau dah belajar,dah guna semua strategy k?:: pemikiran aku ni macam pemikiran org berjaya x?:: betul ke cara aku nie?

- dengan pemberi rezeki :: kenapa rezeki aku x seperti orang lain?:: connection aku dengan Dia ok ke?:: Dao cakap lagi kaya,lagi kerap kita sujud kepadaNYA. bangun tahajud x? solat taubat x? solat dhuha x? kalau dah.. kualiti atau x solat aku? dalam ayat 1000 dinar ..

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3) - 

bertaqwa kepada Allah (berusaha meninggalkan laranganNya dan berusaha mengerjakan suruhanNya)..

- dengan orang sekeliling kita :: hubungan dengan suami, mak ayah,adik beradik,guru,sahabat:: dendam ada lagi?:: mar masih ingat kata2 dao yang mengenai kolam hati.. rezeki xkan masuk pada kolam hati yang penuh keladak.. kalau ada dendam ,marah ,dengki dengan orang lain.. hati kotor..macam mana rezeki nak masuk?
::sedekah pun x? 

banyak yang kena perbaiki dalam diri sebelum nak blame orang ... so kalau bisnes slow milo tue, ask your self,apa yang x kena..

kalau dah cukup semua okey..no worry.. rezeki x pernah tersalah alamat , posmen kot ya salah alamat..  hehehe..=)
-------------------------------------

apa yang moral story dapat dari cerita kali ni?

kalau sudi komen dan share post ini ya.. 

semoga membawa manfaat kepada kawan2 semua 

salam sayang dari saya,marziana yang sentiasa mendoakan setiap mata yang membaca post ini mendapat kejayaan dan dimurahkan rezeki.
 . 



Ketetapan Minda Di Jalan Jutawan yang tepat

"Kita tidak usahlah mengulang ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang melayu .Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar.Usah kita memberikan gambaran sebenar apa yang perlu mereka buat.Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya"

Gambaran kekayaan dengan imej kereta mewah ,rumah besar,dan gaya hidup mewah bukanlah satu gambaran tepat matlamat akhir kekayaan.Momokan sebegini ,seperti yang dijelaskan beliau menyebabkan ramai yang kehilangan jiwa mereka kerana mengejar kekayaan berdasarkan kayu ukur kekayaan yang kurang tepat.

Kayu ukur sebegini menyebabkan ramai yang terjebak dalam pelbagai jurang kebinasaan seperti melaburkan wang mereka kedalam skim cepat kaya yang berselindung disebalik pelbagai modus operandi.Akibatnya hidup dibebani hutang apabila pulangan yang dijanjikan hanyalah janji manis.


Saranan minda Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary supaya menghentikan penialaina dan ukuran kekayaan dengan meletakkan gambaran kemewahan material adalah wajar.Beliau sendiri sebagai jutawan bertaraf billionair tidak meletakkan gambaran kemewahan ini sebagai petanda aras kekayaan.

Kesungguhan kita memiliki minda jutawan sebagai langkah pertama menjadi jutawan dapat meningkat dengan kefahaman dan praktikal tentang kesepaduan minda jutawan tokoh besar Donal trump dan Tan sri syed al bukhary.

Apa maksud Affiliate

Buat duit online dengan sistem Affiliate. Korang pernah dengar tak pasal affliate? Saya percaya ramai newbie tak tau pun apa itu affiliate sebab saya dulu pun camtu jugak. Kalau pegi tanya pakcik google macam-macam definasi keluar tapi maksudnya sama je.

Secara ringkasnya Affiliate ni merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila korang menjadi orang tengah (agen)mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate korang.


Bayangkan macam ni la... Saya ni jual belacan. Disebabkan saya nak luaskan lagi pasaran belacan saya ni maka saya buka tawaran untuk jadi agen. Ada orang nama Cik Bedah berminat nak jadi agen. Dia register jadi agen saya dan promosi belacan saya tu. Cik Bedah promosi pakai iklan FLYER / BROCHURE yang telah saya sediakan. Cik Bedah jugak tak bayar satu sen pun untuk jadi agen saya tu. Jika ada orang nak beli belacan tu dia cuma fowardkan je customer tu kat saya. Belacan, payment, packaging, pos semua saya buat. Bila belacan saya tu berjaya dijual maka saya pun bayar le komisen kat Cik Bedah tu.


Jadi berdasarkan situasi diatas : Affilate Marketer - Cik Bedah Affiliate Manager - saya Link Affiliate - FLYER / BROCHURE


Sistem affiliate adalah satu sistem yang unik yang mana pihak affiliate manager boleh jejak rekod jualan, rekod komisen, rekod klik setiap agen affiliate mereka berdasarkan id (pengenalan).Contoh link affiliate affiliate adalah seperti berikut


http://www.fbaffiliateincome.com/hop.php?ref=marziana


Kalau korang jumpa link camni...maknanya affiliate la tu.Tapi saya suka shortlink kan bagi nampak kemas. Part last sekali yang saya warnakan biru tu adalah id. Setiap affiliate marketer mempunyai id yang berbeza jadi melalui id inilah pihak affiliate manager boleh mengenalpasti siapa yang membuat jualan. ID ni biasanya korang boleh reka sendiri semasa daftar dengan sistem affiliate. Ikut suka le korang nak taruk apa.


Jumlah komisen bergantung kepada empunya produk. Ada owner yang bayar komisen masyuukkk...dan ada yang bayar ciput jadi pandai-pandai le korang pilih.


kebiasaan saya buat affiliate peratus komisen 50%. Kalau jadi dropship product pun susah nak dapat keuntungan banyak tue kan.


Affiliate amat sesuai untuk newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes internet ni sebab


1. Tak payah pening-pening pasal nak jual produk apa 2. Register mudah. Ada yang free dan ada yang kena beli barang dulu. Rajin-rajin le google 3. Website promosi disediakan. so korang promote je la


Tapi bagi saya yang dah lama pun still ada buat affiliate..okeyh ja buat duit tabung.. nie la dari hobi suka2 online,buat duit.. promosikan product orang. saya belajar dari ebook n video cikgu hafis. kalau korang nak klik ja link tue dan order. nampak mcm mahal kan? masa saya beli RMxxx tapi sekarang praktikkan ilmu tue lebih pada modal dah dapat. Ilmu nie tak rugi labur ,lainla beli simpan wat pekasam kan.