Masa STRATEGIK post di facebook

Kali ini, saya nak kongsi sikit tentang waktu-waktu sesuai untuk buat promosi di Facebook. Kenapa saya katakan ada waktu sesuai? Sebab pertama sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. Contohnya, kalau kita buat promosi pada waktu 3am, orang yang buka facebook pada jam 9pagi mungkin dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update dari kawan-kawan lain dalam friendlist dia.
Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai?
Selepas subuh (6am – 7am):
Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun tido, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya. Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan. kalau rasa sibuk pagi gunakan kelebihan teknologi iaitu autopost. Robot social ni akan automatik post bila kita dah schedule.
Selepas minum pagi (8am – 10am):
Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Masa ni memang sesuai untuk terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post sekali masa waktu ni.
Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm)
Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tgh makan mmg tak check. Tapi lepas makan? Ha, smartphone kluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau kita mula nak post PROMOSI produk kita sangat sesuai. Sertakan juga testimoni pembeli kalau ada. Gambar memainkan peranan penting jadi kalau ada gambar yang boleh terujakan lagi seseorang tu, post le.
Selepas minum petang (4pm – 6pm):
Ni pulak, ada yang da mula masuk mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tadi. Sama juga dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. Yang beli tu memang da sedia ‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya. Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Dia akan gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni, boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.
Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight):
Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam menggalakkan kita untuk menuju kearah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. Gunakan ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni jugalah anda MESTI online kalau anda buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula.
So, simple tapi tak semudah itu nak mendapatkan jualan ya. Ini cuma pencerahan sahaja. Panduan. Boleh cuba kalau nak, kalau tak nak pun takpe. Hehe. Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secaraonline pada waktu apa.

Design exclusive +service terbaik+ murah!

Dah tengok minisite pertama mar?

Kalau belum segera ke www.marzianashukri.com

Nak promotekan sikit company yg buat design nie..Disebabkan service sangat2 laju.. lebih kurang 24 jam dah siap design .. emeil pun fast respon.. sangat mesra pelanggan.,.. serta harga yang sangat2 murah!

so nak syorkan u alls ke website beliau ---> http://bit.ly/dESignBesT
kalau nak tempah untuk cover page boleh je emeil dekat beliau.. Dia ambik jugak rasanya =)

Kenapa pentingnya imej design bisnes kita?
sapa anak didik Doc Azizan Osman Advance Marketing Power..dia tahu la kan =)

okeyh selamat pagi =P

Extra Tips 1:: Mengesan Followers

Bagaimana caranya mengesan apa yang  followers cik puan/tuan suka kan?

Step yang cik puan/tuan perlu lakukan adalah:

1- perhatikan semua setiap status cik puan/tuan yang mempunyai LEBIH 30 Like ...:

☞status panjang/ status pendek
☞post bergambar/tiada gambar
☞penggunaan ayat santai/ formal
☞status berbentuk sharing/fakta
☞status berbentuk ilmiah/sembang kosong

2-Berdasarkan jawapan di atas, Cik Puan/Tuan boleh mengenalpasti status jenis macam mana yang cik puan sepatutnya perlu gunakn untuk viralkan lagi FB cik Puan /tuan.


3- Kenal pasti followers Cik Puan/Tuan siapakah mereka? luangkan sedikit masa melawat FB Profile mereka dan perhatikan status2 mereka.

adakah status mereka ada kaitan dengan status yang mereka like di fb kita?

Contohnya::

☞Si B selalu like di fb A mengenai tips tips pemasaran di fb .bila perhatikan Fb B,Rupanya si B adalah peniaga online.

nantikan EXTRA Tips ke dua --> Cara Dapatkan Followers yang betul

anda suka Tips ini? 

jangan lupa klik like dan share ✌