Ladylicious Beauty Drink

Bismillah..

Maafkan tuan tanah yang lama menyepi..

nampaknya nie post pertama pada tahun 2014.. walaupun sudah ketinggalan.. tuan tanah masih nak ucapkan selamat tahun baru dan jangan lupa azam tahun 2014 ya =)

Salam Maulidur Rasul juga pada semua =)

Hari Maulidur Rasul nie ,hari pertama mar berjumpa dengan pengasas Ladylicious Beauty Drink. Rupanya kami sama2 student kolej kejururawatan kubang kerian dan staff nurse di hospital pulau pinang.. kecil dunia nie kan... jumpa balik senior lama2 yang xpernah jumpa pun.. hehehhe

Dipendekkan cerita harini rezeki mar dapat sebotol Ladylicious Beauty Drink nie.. Taraaa... nie rupanya =)


Mar suka design dia =)
Bersembang dengan pengasas produk,Puan Fyza yang sangat manis,lemah lembut serta cantik gitu buat mar 
rasa betul2 nak cuba produk nie dan berkongsi dengan anda semua =)

Lepas mar upload di facebook tadi ramai yang bertanya apa fungsinya kan.. disini mar kongsikan serba sedikit kelebihan ladylicious nie ye

Kebaikan ladylicious:
1)mengatasi masalah sengugut,melancarkan haid dan mengatasi keputihan
2)menaikkan seri wajah
3)mengetatkan faraj
4)menganjalkan payudara,otot dan punggung
5)menambah keintiman suami isteri
6)meningkatkn rangsangan seksual wanita
7)mengimbangi hormon2dlm badan
8)melicin,menegang&mencerahkan kulit
9)awet muda&anti penuaan
10)melangsing & membentuk badan
11)merawat masalah saraf ringan
12)memberi tenaga &kecergasan
13)menurunkan thp kolestrol
14)membuang toksin
15)anti kanser

Nie adalah antara kelebihannya.. anda boleh terus ke fb HQ----->  HQ Ladylicious

Cara pengambilannya
Sebab terlalu teruja.. mar terus cuba dan jadi model sementara sekejap =P

3 step mudah cara pengambilan ladyliciousbeautydrink 

Step 1 : ambil 1 scoop masukkan dalam shaker
Step 2 : masukkan air 120ml, lg best air sejuk ❤
Step 3: shake &minum❤❤

Rasanya masam2 manis.. Yang pasti sedap! Sehari 2x sehari ya.. Lepas nie bukan setakat rapat.. Tapi kulit cantik, serta body slim.. =) i like .. Hahaha



NI satu testimoni yang mar ambil dari page HQ .. anda boleh terus ke page untuk lihat lebih banyak Testimoni ya =)





Bagi anda yang nak cuba.. sekarang ada PROMOSI ...so cepat2 pm hq untuk dapatkan harga promosi.. mereka juga memerlukan Pengedar di seluruh malaysia =)

Rebut peluang jadi yang terawal dan bina pendapatan anda dengan membantu ramai orang dengan manfaat produk ini ya =)

sekian ini sahaja entry malam ini..


Antara Makanan Punca Utama Bau Badan

Tahu tak sebenarnya masalah bau badan berpunca dari ketidakseimbangan hormon, diet, obesiti dan pembiakan bakteria di kawasan-kawasan badan yang terpencil.  Selain daripada itu, faktor pemakanan juga adalah salah satu penyumbang utama terhadap masalah ini. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau.

1. Rempah ratus 
Rempah ratus seperti bawang putih, bawang merah, dan kari secara umumnya akan menyebabkan bau badan kerana ia akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah yang di hapuskan melalui paru-paru dan pori-pori kulit.

2. Daging Merah
Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Walaubagaimanapun, daging merah boleh menyebabkan badan cepat berbau dan berpeluh kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan.

3. Produk Susu
Produk susu sememangnya kaya dengan protein yang membuat tubuh lebih lambat untuk mencernanya. Pelepasan hidrogen sulfida dalam tubuh akan membuatkan tubuh mudah berbau.

4. Kolin
Makanan seperti telur, hati, ikan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan kandungan kolin dan mempunyai kandungan zat yang tinggi dalam membantu perkembangan  memori atau daya ingatan. Juga berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda tetapi ia juga mudah membuatkan tubuh berbau.

5. Makanan bergoreng
Makanan bergoreng seperti ayam goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan bergoreng lain juga boleh menyebabkan badan mudah berbau kerana lemak dan minyak yang terkandung di dalamnya. 

6. Kafein
Kafein adalah stimulant atau penggalak semulajadi yang boleh dijumpai dalam makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh melegakan sakit. Bau makanan dan minuman ini akan meresap ke dalam peluh yang akan menyebabkan badan mudah berbau.

7. Tembakau
Selain makanan, tembakau juga menjadi penyebab bau badan yang kurang menyenangkan kerana asap rokok akan bercampur dengan unsur-unsur lain di dalam badan dan keluar melalui kelenjar keringat. 

Untuk mencegah bau badan yang kurang menyenangkan, banyakkan minum air putih, makan makanan yang berserat dan lebihkan pengambilan buah-buahan seperti epal, strawberri, anggur, tomato, nenas dan tembikai. Sebaiknya kurangkan pengambilan jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau khususnya ketika berada di tempat awam.

Bau Badan ..?? erk!!! pengsan!


Bau badan busuk
Lebih memalukan jika rembesan peluh mengganggu orang lain
 

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh. 

Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit. 

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. 

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine. 

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. 
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. 

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik. 

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme. 

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. 

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif. 

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau. 

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri. 

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga. 

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox. 

Info: Cara mengawal bau badan 
  • Kerap mandi 
  • Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar 
  • Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang) 
  • Berhenti merokok.
  •